Tuesday, January 20, 2009

Salam..

Askum..selamat petang semua..saya sebenarnya kan tiada idea lagi nak kongsi ape dengan kamu semua. Macam ni la..Kalau kamu semua tengok kat bawah ni, saya sediakan sedikit pengenalan dalam dunia kaunseling..Kenapa saya berbuat demikian??Hal ini kerana, saya InsyaAllah, 2010 ini akan bergraduasi dan selepas itu juga jika diizinkan olehNya, InsyaAllah saya akan bergelar kaunselor. Jadi, tidak salah rasanya saya berkongsi ilmu dengan kamu semua. Saya maklum bahawa kalian semua berkemungkinan besar tidak tahu atau tidak mengerti apa itu kaunseling sebenarnya. Saya bukannya ingin menjadi sifu kepada kamu semua, namun hanya sekadar perkongsian ilmu sesama insan. Saya belajar di UPSI ni ambil kursus bimbingan dan kaunseling. Jadi, perkongsian saya akan turut merangkumi aspek ini sebagai perkongsian dengan kamu semua. Harapnya, perkongsian ini membawa manfaat dan beribu erti dalam kehidupan kita seharian.

Apa itu kaunseling??

KAUNSELING & KEPIMPINAN
Oleh : Asmawati Baharudin
PERGERTIAN KAUNSELING

Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

• Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
• Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.

  • TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Monday, January 19, 2009

Hening pagi..


Salam semua..pg ni aku bgn agak awal la..dlm 4.30 ag..ada la sebabya..sebenarnya semalam aku tido dalam kesedihan la gak kononnyer..bgn2 pg ni terus godek2 blog aku ni..maklum la..baru semalam aku create..mujur la Dura ajar aku..thanks Dura..hehehehe..Banyak sebenarnya kelebihan blog ni yer..baru skng aku tau..bgs gak lec aku suruh buat benda ni..lau tak..bila la aku akan ada benda n.au tak sebelum ni aku juz layan fs jelah..hemm..xdop inovasi langsung kn??haaa..nak mengata aku la tu..wawawa...arini aku xde kuliah...ia la..isnin n selasa memang free ar..dont be jeles2 ye...hik2..p jap g nak kampus gak..da discusion..ni 2nd discusion la sem ni.bermulalah kembali kehidupanku sbg mahasiswi..kesibukan yang melanda akan kembali..huhuhu..ape aku merepek ni...jap2..malam ni pun aku g kampus gak..da latihan silat..bagus tau bersilat ni..banyak gak kelebihannya..boleh pertahankan diri, aku juga boleh jadikan ia sebagai aset untuk aku diet..hik2..pecah rahsia aku kan..xpelah...ngan korang2 jer..k lah..nanti aku cite lagi..aku rasa cukup la dulu sebagai permulaan blog ni..ni nak try jer...p sume diatas citer benar ye..hehehehe..nanti pakat2 la kite berkawan yer...xtau la betul ke x penggunaan bahasa..hi2..k lah..nway..salam perkenalan dan persahabatan dari aku yer..k,Assalamualaikum dan selamat pg Malaysia..

jEjaka piLihAn..

Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya". Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah.Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya. Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu.Bila selesai dikebumikan, orang ramai termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan. Tetapi orang yang kacak itu akan berkata: "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekalipun.Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk kesyurga!" Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat." "Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat-malaikat dari syurga.Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri.Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan-amalan kita sewaktu di dunia.Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar.Allahu 'Alam... "Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami,dan berikanlah kepada kami daripada sisiMu Ya ALLAH rahmat kasih sayang yang banyak. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang boleh memberi segala-galanya."" (HR An-Nasa `i)